Assalamualaikum,
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panitia Bahasa Melayu SKBK kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan sepatah dua kata dalam laman web Bahasa Melayu Tahun 2 ini. Khusus kepada webmasternya Puan Rohimah A.Rahman .
Saya berharap semoga usaha ini dapat meningkatkan penggunaan ICT sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah dan alam siber. Saya yakin dan percaya bahawa ICT adalah medium terbaik untuk menyampaikan maklumat dan ilmu kepada murid-murid.
Saya berharap semua murid-murid SK Batu Kikir dapat memanfaatkan laman portal ini sebaik mungkin demi mengejar ilmu menjadi pelajar cemerlang di dunia dan akhirat.
Semoga laman web ini akan dapat mempereratkan silaturahim dan hubungan muhibbah dengan semua pihak, terutama untuk meningkat kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam arus pendidikan perdana negara ini.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.
Sekian.
Tn.Haji Kamaruzaman bin Othman ANS,PMC,PJK
Guru Besar Cemerlang DG38
Sek. Keb. Batu Kikir