Selamat Datang

MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA Rohimahrahman.blogspot.com

Rabu, 10 November 2010

KENALI GURU BAHASA MELAYU SK BATU KIKIR

GURU-GURU PANITIA BAHASA MELAYU SKBK 2010


KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
Mohd Daud bin Yusof
DG34 Guru Cemerlang Bahasa Melayu
Diploma Pendidikan
Guru BM Tahun 6


SETIAUSAHA
Norhayati bt Mustafa
DG32 Diploma Pendidikan
Guru BM Tahun 1 & 3


AJK

Pn Lihayati bt Ibrahim
DG32 Diploma Pendidikan
Guru BM Tahun 2

Pn.Normawati bt Abidin
DG32 Diploma Pendidikan
Guru BM Tahun 4 & 5

Pn Norazizah Shamsudin
DG32 Diploma Pendidikan
Guru BM Tahun 2
 
Pn Shahlayanti bt Mohamad
DG41 Ijazah Sarjana Muda
Guru BM Tahun  5
             

Pn Habibah bt Kassim
DG41 Diploma Pendidikan
Guru Pra Sekolah



Pn Idariah Idris  (kiri)
DG32 Diploma Pendidikan
Guru Pemulihan

Pn Rohimah bt A. Rahman (kanan)
DG32 Diploma Pendidikan
Guru BM Tahun 1 dan  2


LENCANA SEKOLAH DAN PROFIL SEKOLAH

 


MOTO : BELAJAR TERAS KECEMERLANGAN


PROFIL SEKOLAH


1
NAMA SEKOLAH
SEK.KEB.BATU KIKIR
2
KOD SEKOLAH
NBE 6001
3
ALAMAT
JALAN KUALA PILAH-BAHAU, 72200 BATU KIKIR
4
GRED SEKOLAH
A
5
LOKASI
LUAR BANDAR
6
SESI SEKOLAH
PAGI SAHAJA
7
NO TELEFON
06-4981311
8
PPD
PPD JEMPOL JELEBU
9
GURU BESAR
TN HJ. KAMAROLZAMAN B OTHMAN
10
BIL.GURU
52 ORANG
11
KAKITANGAN
9 ORANG
12
BILANGAN MURID
797 ORANG

MISI DAN VISI

MISI

Sentiasa mempunyai iklim yang kondusif untuk melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan berketrampilan serta memberi sumbangan kepada diri sendiri, sekolah, masyarakat dan negara.


VISI

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Batu Kikir dominan sebagai sebuah institusi pendidikan yang ideal menjelang 2020.



PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SKBK sentiasa,                                                

  1. Berusaha menyediakan pendidikan yang berkualiti dan cemerlang.
  2. Amanah serta mematuhi tatasusila dan teras perkhidmatan kami.
  3. Akan menghayati dan mengamal konsep pengisian wawasan pendidikan.
  4. Mempastikan segala program dan aktiviti yang dirancang untuk kecemerlangan sekolah dapat dilaksanakan seperti yang disasarkan.
  5. Melayan setiap pelanggan dengan mesra dan sopan.
  6. Bersedia menerima cadangan, pandangan dan teguran yang positif bagi meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan pendidikan, kecemerlangan pendidikan, keceriaan dan disiplin sekolah.

                 SEKIRANYA ANDA KURANG PUAS HATI, SILA HUBUNGI:

                                 PPD JEMPOL/JELEBU

                           TEL: 06-4981311 / FAX: 06-4985404


SEJARAH SEKOLAH

SK Batu Kikir ditubuhkan pada tahun1956 yang dahulunya dikenali sebagai Standard Type Primary School yang  sekolah aliran Inggeris yang pertama di Daerah Jempol.

SK Batu Kikir didirikan di atas sebidang tanah (no. lot 2778/hak milik Rezab  Sekolah) yang telah diwakafkan oleh adik Pendita Za’ba iaitu Encik Yusuf bin Ahmad seluas 5 ekar.  Tapak ini pada awalnya ditanam dengan pokok getah.

Pada awalnya jumlah pelajarnya hanya 139 orang yang terdiri daripada berbilang kaum.  Pada tahun 1965, wujud pula Sekolah Menengah Inggeris yang pertama di Daerah Jempol yang berkongsi bangunan dengan Standard Type Primary School.  Bangunan di hadapan untuk pelajar rendah sementara 2 blok dibelakang untuk sekolah menengah.

Kejayaan yang sukar dilupakan dan disebut-sebut hingga ke hari ini, pada tahun 1982 sekolah ini mendapat kejayaan yang cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian membanggakan kita semua hasil daripada kegigihan, dedikasi dan kesungguhan guru-guru berkhidmat kapada masyarakat sekitarnya.  Selain pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, sekolah juga melahirkan tokoh-tokoh sukan yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan menaikkan nama sekolah hingga ke peringkat kebangsaan.  Sebagai contohnya, sekolah ini pernah menjadi johan Peringkat Negeri Sembilan dalam Kejohanan Bola Sepak bawah 12 tahun, bola jaring dan hoki.

Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Batu Kikir mampu melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani,  sahsiah dan fizikal.  Justeru itu, SK Batu Kikir telah menjadi tumpuan masyarakat setempat.  Sekolah ini menjadi ‘pilihan utama’ untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak mereka.

Atas dasar perkembangan pendidikan pada masa itu kerajaan mengambil keputusan untuk menukarkan Batu Kikir Standard Type Primary School kepada aliran Melayu sepenuhnya dan kemudian dikenali sebagai ‘Sekolah Kebangsaan Batu Kikir’.  Peristiwa itu berlaku pada tahun 1970 yang mana Sekolah Kebangsaan Batu Kikir kekal diasalnya.  Sementara Secondary Primary School pula berpindah ke bangunan baru yang sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (Model Khas).

Ahad, 7 November 2010

Kata Aluan Guru Besar SK BATU KIKIR




Assalamualaikum,
           Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panitia Bahasa Melayu SKBK kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan sepatah dua kata dalam laman web Bahasa Melayu Tahun 2 ini. Khusus kepada webmasternya Puan Rohimah A.Rahman .
          Saya berharap semoga usaha ini dapat  meningkatkan penggunaan ICT sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah dan alam siber. Saya yakin dan percaya bahawa ICT adalah medium terbaik untuk menyampaikan maklumat dan ilmu kepada murid-murid. 
            Saya berharap semua murid-murid SK Batu Kikir dapat memanfaatkan laman portal ini sebaik mungkin demi mengejar ilmu menjadi pelajar cemerlang di dunia dan akhirat.
            Semoga laman web ini akan dapat mempereratkan silaturahim dan hubungan muhibbah dengan semua pihak, terutama untuk meningkat kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam arus pendidikan perdana negara ini.
            Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Sekian.


Tn.Haji Kamaruzaman bin Othman ANS,PMC,PJK
Guru Besar Cemerlang DG38
Sek. Keb. Batu Kikir                                                                                                                      





     

Jumaat, 3 September 2010

Kelas 1B

Gambar terbaru aktiviti di kelas 1B
Cikgu Kelas 1B: Puan Rohimah A.Rahman
Suasana kelas yang ceria sempena bulan Kemerdekaan

Anak murid yang ceria dalam kelas 1B

Isnin, 30 Ogos 2010

Pelajar Linus SKBK 2010

Program Linus
Program Literasi dan Numerasi (LINUS) mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012.

Berikut sebahagian pelajar Program Linus SK Batu Kikir.

 
Nabila bt Abdullah- Kelas 1B
Norfara Natasha -Kelas 1B
Latihan membaca sukukata
Sebahagian dari kad suku kata
GURU JU JPNS LINUS SKBK Pn.Arbaiyah bt Yusof
sedang gigih memberi bimbingan kepada pelajar LINUSnya.

Khamis, 17 Jun 2010


Bina sebuah karangan autobiografi yang bertajuk "Aku Sebuah Basikal". Panjang karang anda tidak kurang 80 patah perkataan. Sila hantar kepada saya selewat-lewatnya 30 Jun 2010 di atas meja saya.

Rabu, 16 Jun 2010

Tugasan masa cuti

Kepada semua murid Tahun Dua Arif SKBK.
Sila ulangkaji pelajaan yang lalu. Bawa buku teks BM Jilid 2 dan buku latihan BM 3 pada minggu pertama Semester Dua. Buat latihan dalam buku BLA Jilid 2 m/s 2 hingga 10.